MyT 5th Service

Assalamualaikum semua…

Ini post pertama bagi tahun 2021..

Macam biasa, negara kita masih dibelenggu dengan wabak Covid-19. Perubahan arahan dari MKN bagi setiap negeri berubah dari semasa ke semasa. Bergantung kepada jumlah kes yang berlaku. Perkara yang paling tak best apabila ada sekatan rentas negeri. Kalau setakat 2 minggu tu boleh la tahan lagi. Tapi bila arahan sekatan rentas negeri bersambung, letih oii..Tambah pula den duduk kat Gerik. Kawasan hulu Perak..

Jadi nak tak nak terpaksa lah hadap. Selain itu, kesan daripada sekatan rentas negeri ni menyebabkan den jarang ride. Jadi nak citernya motor den nak capai 5000 km tu ambil masa 10 bulan !!

Fuuhh…memang pecah rekod betul. Tahun lepas hanya sekali je den servis motor den. Kepada sesiapa yang terlepas post tentang servis tahun lepas, boleh tekan link ni yer..

My 4th Service

Oklah, last sekali den servis motor den dengan menggunakan minyak enjin Yamalube Fully Synthetics 10-40. Yela, masa tu baru PKP. Jadi memang den dah jangka, motor den akan ambil masa yang lama untuk next service. Jadi den guna minyak hitam fully yang murah. Dengan minyak enjin Yamalube Fully Synthetics 10-40, den guna sehingga 5389 km. Macam biasalah, lajak sikit. Hehe… 

Untuk servis kali ni pula, den guna minyak hitam Eurol Sportbike Fully Synthetics 15W-50.

Minyak enjin Eurol Sportbike 15W-50 dan Oil Filter
Ruangan parking kereta depan PUM
Meter dah jejak 45147 km


Kos untuk servis kali ni adalah :
Eurol Sportbike Fully Synthetics 15W-50 : RM35 x 3 botol = RM105
OF = RM17
Total = RM122

Ok guys, alang-alang citer pasal servis motor, jom tengok video ni. Den saje-saje rekod video untuk dibuat kenangan. Yela, kadang-kadang tu lupa tools apa yang perlu ada dan macam mana nak buka oil filter dan skru. So harap dengan adanya video ni, dapatlah bagi gambaran sikit macam mana nak servis minyak hitam Yamaha Tracer .



Ok guys..itu sahaja perkongsian untuk servis MyT untuk kali ke 5. So, rumusan untuk servis motor den, boleh tengok kat bawah yer.



Rumusan Servis :

Kali Pertama :
EO Yamalube 10-40 Fully = 3 x RM31 = RM111
OF = RM31
Kos Total = RM142

Bacaan meter : 22910 km
Penggunaan : 5235 km

Kali Kedua :
EO Silkolene Pro 4 15-50 Fully = 3 x RM52 = RM156
OF = RM26
Kos Total = RM182

Bacaan meter : 28145 km
Penggunaan : 5902 km

Kali Ketiga :
EO Petronas F900 Fully = 3 x RM40 = RM120
OF = RM17
Kos Total = RM137

Bacaan meter : 34047 km
Penggunaan : 5710.6 km

Kali Keempat :
EO Yamalube 10-40 Fully = RM 25.20 x 3 botol = RM 75.60
OF = RM 18.90 
Kos Total = RM 94.50

Bacaan meter : 39758 km
Penggunaan : 5389 km

Kali Kelima : 
EO Eurol Sportbike 15W-50 Fully : RM35 x 3 botol = RM105
OF = RM17
Total = RM122

Bacaan meter : 45147 km
Penggunaan :  km

Daripada :

This image has an empty alt attribute; its file name is jiwa-rider.png