#RidePKP – Selamat Hari Raya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Apa khabar semua?

Hari ni merupakan Hari Raya Ketiga, 26 Mei 2020. Jadi rasanya masih belum terlambat untuk den ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepaada semua pembaca blog JiwaRide.Com.

Dalam masa yang sama, sekarang ni masih lagi Musim PKP. Cuma diberi kelonggaran dengan nama PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat). Bersyarat ni maksudnya dah ada kelonggaran untuk orang pergi bekerja dan keluar membeli barangan. Mula-mula agak ketat, hanya seorang sahaja yang boleh keluar membeli barang. Lepas tu 2 orang..then 4 orang untuk 1 kereta. Sekarang ni dah bebas, cuma rakyat perlu mengikut SOP untuk ke tempat membeli barang. Yang penting pakai mask dan jaga social distance 1 meter.

Oklah, hari ni sebenarnya den nak kongsikan 1 video dimana hari tu den ada beli mic brand BOYA dari Shopee. So, tujuan video ni nak tengok macam mana respon mic dengan video daripada action cam. Mic dalam video ni adalah versi kedua, iaitu kedudukan mic berada dekat sebelah pipi kanan dan dibalut dengan span. So, boleh rujukla gambar kat bawah yer..


So inilah rupa kedudukan action cam. Buruk benor..Terpaksa ikat dengan getah sebab action cam sebelum ni jatuh kat highway.

Jangan lupa LIKE dan SUBSCRIBE yer..

Daripada :

This image has an empty alt attribute; its file name is jiwa-rider.png