Selamat Datang

Selamat Datang

Salam semua..

Pertama kali den nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana sudi untuk melawat blog den yang tak seberapa ni. Tujuan utama blog ni diadakan adalah untuk berkongsi dengan anda semua, pengalaman den menunggang motorsikal. Den memang suka naik motor. Dah jadi hobi sekarang ni. Kalau tak naik sehari, rasa tak lengkap. Hehe..

Sejak adanya motor GT128 lagi, den mula aktif join konvoi bersama group GT128 dari central. Masa tulah banyak den belajar tentang motor dan konvoi. Alhamdulillah, benda yang positif den ambil. Dari segi pemakaian dan peraturan pemanduan. Selepas tu, den mula berjinak pula dengan motor FZ150i. Dah macam-macam tempat den merayau. Sebab tulah den wujudkan blog ni. Setidak-tidaknya den dapat berkongsi dengan korang macam mana pengalaman ride yang den dah lalui dalam 2 3 tahun nie. JIWA RIDER BEB !!

Apa-apa pun, teruskan membaca yer.. ^__^

 DSC01560 - Copy

Honda Wave 100
Tahun berkhidmat : Jun 2006 – Feb 2010
Ini motor den yang pertama. Guna masa belajar degree kat UPSI.

P1030889 - Copy

 GT 128
Tahun berkhidmat : Jun 2010 – Feb 2013
Ini motor den yang kedua. Guna masa praktikal kat Kuala Kubu Bharu.

2013-06-27 09.50.57 - Copy

Fz150i
Tahun berkhidmat : Mac 2013 – Sekarang
Ini motor den yang ketiga. Guna sehingga ke hari ini. Disebabkan den selalu ulang alik dari Seremban – PJ – Tg Malim, so den perlukan motor ni bagi memudahkan perjalanan.

 .

.

.

.

.

.

.

Tahun 2020

Superbike ??

Hahaha…

Insyaallah…

 

Daripada :

jiwa rider

2 Comments

  1. Congrats! Another new blog from you!

  2. terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Komen Terkini