Deal dengan Owner Tracer

Assalamualaikum…

Hari den nak sambung kisah den deal dengan owner Tracer. Mamat ni keturunan Chinese dan duduk dikawasan Puchong. Den mula chat dengan dia pada 22 Feb 2019, Jam 1950.

Chat pertama den dengan owner Tracer

Screenshot kat atas merupakan chat pertama den dengan owner Tracer. Masa ni terfikir juga nak buat loan kedai. Tapi den perlu keluar deposit 10%. That’s means 10% x RM46k = RM4600. Fuuhhh….mana nak cekau duit dalam masa terdekat ni. Lepas tu sebelum ni den pernah buat sedikit pembacaan dimana kalau nak beli motor ni better guna personal loan compare dengan kedai buat loan guna Aeon. Memang kita sedia maklum, loan Aeon sangatlah tinggi dan mereka ni umpama Ah Long berlesen. Jadi den pun try survey bank mana yang sesuai. Amik masa juga untuk tengok dan selepas berpuas hati, den decide guna loan Bank Rakyat. Antara kelebihanloan bank rakyat ni adalah status jawatan kontrak boleh mohon loan tersebut. Tambahan pula, Bank Rakyat ada promosi 3.45% interest.

Selepas tu, den pergi ke Bank Rakyat untuk ambil borang yang berkaitan. Lepas dah isi dan dapat pengesahan daripada pengetua, den terus submit. Alhamdulillah, hari ketiga selepas den submit, LOAN den LULUS !! Berapa jumlah den buat loan tu jangan lah tanya. Yang pasti lebih sikit daripada nilai motor dan nilai insurans + roadtax.

Alhamdulillah, den bersyukut sangat sebab owner motor tu sanggup tunggu den. Dia pun macam tak caya yang den buat personal loan. Tapi sebelum tu, den ada bayar sikit pada dia sebagai duit booking. Yela, nanti kempunan den dibuatnya. Hehe…

So den belanja sikit gambar motor owner tersebut dalam iklan FB.

Jadi selepas je duit loan dah dapat, den deal pula hari untuk amik motor dan tukar nama. 1st date tak jadi sebab den takut tak sempat nak ke KL dari Gerik. 2nd date barulah jadi sebab masa tu den lari kejap dari Kuala Terengganu. Hari yang dimaksudkan adalah Hari Isnin, 11 Mac 2019. So kalau nak tahu apa yang berlaku pada hari tersebut, tunggu next post yer..Hehe…

Daripada :