Le Tour De Peninsula – Hari Kedua

Salam semua..

Hari ini Hari Sabtu (19/7/2014). Tu dia..dah berbulan-bulan den tak dapat nak update cerita Le Tour De Peninsular. Lebih dukacita, kertas semasa den ride dulu DAH HILANG !! Adeiyh..agak sukar untuk den sambung cerita den. Tapi takpe, den akan cerita mengikut timing semasa gambar diambil.

Hari Kedua Le Tour De Peninsular (LTDP).

Perjalanan bermula Jam 8.30 pagi. Dari kawasan hotel, kami menuju ke Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah Kuantan. Di sini tempat sepupu den (Ajoi) kerja.

Perjalanan ke Lapangan
Terbang Sultan Ahmad Shah Kuantan

Wow..besarnya ketupat

Selamat Jalan Kuantan

Merentasi sungai

Maintain 80km/j yer

Awan sudah mula mendung

Yeah dah sampai airport

Menunggu Ajoi di sini

Abg den pun nak bergambar jugak

Den pun nak jugak..hehe

Lama juga kami tunggu. Rupa-rupanya kami telah tersilap tempat. Kawasan tersebut merupakan kawasan lapangan terbang domestik, bukannya kawasan Pengkalan Udara Kuantan milik TUDM. Lebih kurang Jam 9.30 pagi, si Ajoi pun sampai. Kami parking motor kat kawasan kedai makan. Kemudian, naik kereta Ajoi dan terus menuju ke Pengkalan Udara Kuantan. Di sini, kami sempat masuk ke kawasan jet-jet pejuang milik TUDM. Haha..bukan senang nak masuk sini tau. Kami sempat bergambar dengan helikopter terbaru milik TUDM dan juga jet pejuang MIG. Tapi den minta maaflah, tak dapat nak berkongsi gambar tersebut atas faktor keselamatan. Jadi, den belanja gambar sekitar kawasan TUDM je la yer.

OTW ke Pengkalan Udara Kuantan

Dataran Skyhawk

Panas beb..

Kawasan Dataran

Kawasan Dataran

Gambar kami mesti ada..

Smart la bro..

Dapat pegang pun jadilah..

Bergambar dulu sebelum meneruskan perjalanan

Macam mana? Teruja tak?

Kami berada di TUDM lebih kurang 1 jam setengah. Tepat Jam 11.00 pagi, kami meneruskan perjalanan ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Menurut abg den, kawasan belakang airport ada satu kedai makan udang celup tepung. Memang terbaik katanya. Jarak perjalanan dari Kuantan ke Airport lebih kurang 222 km. Wow…jauh tu..

Sebelum sampai ke airport, kami berhenti kejap kat Resort World Kijal. Memang cantik kawasan Resort ni. Kalau den mampu, memang den menginap kat resort ni. Hehe..apa-apa pun, jom layan gambar perjalanan kami ke Resort World Kijal.

Jom terukan perjalanan

Stadium

Terminal Central

Jauh lagi perjalanan

Hari sudah mendung

Balai Polis Cherating

Masjid

 

Kita belok kanan yer

Teruskan perjalanan

Ibok lagi 4 Batu

Menghala ke K.Terengganu

Yeah..kami dah sampai Resort World Kijal

Hip Hip Horey..

Kami tiba dikawasan Resort Worlds Kijal Jam 12.30 tengah hari. Ini bermakna, dari kawasan Pengkalan Udara Kuantan ke Resort World Kijal mengambil masa 1 Jam 30 minit. Seterusnya, kami melalui kawasan Kerteh. Disini kawasan pelantar minyak. Disepanjang kiri dan kanan jalan ada kilang je. Den tertarik dengan satu corong yang ada api.

Lagi 113km? Adeiyh..

SK Seri Gelugor

Haa..nampak tak api tu?

Kawasan kilang

Daulat Tuanku

Welcome To Dungun

Apabila melalui kawasan Dungun, kami baru teringat yang kami mempunyai saudara dikawasan tersebut. Masa tu kami berbelah bahagi, nak singgah ke tak nak. Sebab fikirkan jarak dan masa yang perlu dikejar. Last-last, kami ubah fikiran dan mengambil keputusan untuk singgah sebentar di rumah saudara kami (Cik Izan). Kami tiba dirumah Cik Izan pada Jam 1.45 petang. Kedatangan kami memang tidak dirancang sehinggakan pakcik kami (Pakcik Karim) terkejut apabila kami tiba. Lebih terkejut lagi apabila kami datang dengan menaiki motorsikal. Haha..Jiwarider la katakan.

Millage dah 22253.1 km

Singgah di rumah saudara kami

Bersama keluarga Pakcik Karim

Ingatkan nak singgah kejap je, tapi apakan daya pakcik den ajak makan sekali. Kami pun ambil keputusan untuk berehat dahulu. Jam 3.00 petang, kami bersiap-siap untuk ke destinasi seterusnya. Tak boleh rehat lama sangat, sebab target kami untuk hari kedua ni adalah sampai ke Kg Tendong, Kelantan.

Perjalanan diteruskan ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Kawasan yang dilalui adalah Kerteh – Paka – Dungun – Bukit Besi – Ajil – Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Sebelum nak ke Bukit Besi, dari jauh dah nampak awan gelap kat kawasan depan. Dengan tindakan serta merta, kami berhenti di tepi jalan. Terus tukar pakai baju hujan. Nak tergelak pun ada masa tu. Bayangkan hujan kat depan sedang menuju ke arah kami. Mau tak kelam kabut. Kereta yang lalu lalang pun pandang pelik kat kami. Haha..Setelah selesai tukar pakaian, kami meneruskan perjalanan. Setelah 2 jam 30 minit perjalanan, akhirnya kami selamat tiba di kawasan kedai makan belakang Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Fuuhh..punyalah ramai orang. Den terus cari meja makan manakala abg den terus pilih makanan. Macam-macam ada..Nak cerita pun tak pandai, kasi tengok gambar je la yer.

Selamat tiba di kedai makan udang celup tepung. Millage dah 22381 km

Yeah..terbaik !!

Pilih2..nak yang mana

Bergambar dulu..

Den pun nak bergambar juga..

Inilah juadah kami

Kami lepak makan sampai Jam 6.30 petang. Memang makan sepuas-puasnya. Kenyang beb !!

Next destination adalah kampung kami di Tendong, Pasir Mas. Masa ni dah tukar semula pakaian jaket. Start dari sini juga kami tak dapat nak ambil gambar sebab perjalanan malam dan hujan. Bermula dari Kuala Besut (waktu maghrib) hujan dah mula turun renyai-renyai. Masa ni memang dah penat, kami redah je hujan. Malas nak tukar balik pakaian hujan.

Isi minyak dulu sebelum ke Kg. Tendong, Pasir Mas.

Perjalanan diteruskan melalui kawasan Pasir Putih – Melor – Kg Tendong. Nak dijadikan cerita, bermula dari Melorlah kami sesat. Hampeh punya GPS, tah mana-mana jalan yang dia tunjuk. Kami pun tak ingat kampung ceruk mana yang kami lalui. Dua kali kawasan tanah merah (orang tengah baiki jalan) kami redah. Lebih melucukan, ada satu kawasan kampung den dah nampak seorang budak ni pakai kain pelekat naik motor ex5, maybe baru balik dari masjid kot. Disebabkan masa tu hujan renyai-renyai, dia pun bawak motor sambil tunduk, ala-ala mat rempit. Den pun apa lagi, bawak laju sikit, lalu tepi dia sambil meniru aksi tunduk. Budak tadi pun terus toleh kat den. Dia punya terkejut, lepas nampak den lalu tepi dia terus dia naikkan badan, tak jadi tunduk. Hahaha..barangkali dia ingat polis kot. Yelah, jaket den kan warna hijau hitam. Masa ni den dengan abg den gelak sekuat hati. Hahahaha…

Akhirnya, setelah 2 jam 45 minit perjalanan (Jam 9.15 malam), kami selamat tiba di kampung. Fuuhh..penat beb. Sampai-sampai je nampak nenek kami (Tok Mek), Pak Uda dengan adik kami (Alias) dekat depan rumah. Lepas bersalaman dan borak-borak, kami terus naik ke atas. Kemudian apa lagi..baring la…Fuuhhh bestnya…

So, kesimpulan hari kedua :

Jalan yang dilalui : Kuantan – Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah Kuantan – Pengkalan Udara Kuantan – Resort World Kijal – Kerteh – Paka – Dungun – Bukit Besi – Ajil – Lapangan Terbang Sultan Mahmud – Pasir Putih – Melor – Kg Tendong, Pasir Mas, Kelantan
Jarak perjalanan : 461 km
Isi minyak : RM26 (Ron97 BHP) = 9.122 Liter
Masa : Kuantan – Kg Tendong, Pasir Mas, Kelantan (12 jam 45 minit)

 

Daripada :

jiwa rider