Le Tour De Peninsula – Pengenalan

Salam semua..

Pejam celik pejam celik dan hampir sebulan kisah ini berlaku. Haha..den dah banyak kali cari masa untuk menulis, tapi apakan daya sibuk memanjang. Hari ini den cuba luangkan masa untuk menceritakan apa yang berlaku pada bulan 9 yang lepas.

Niat untuk ride pusing semananjung malaysia telah diilhamkan oleh den sendiri. Masa tu den baru balik dari TTS dengan group motor den, Newbie Rider Crew atau lebih mudah dikenali dengan nama NRC. Sampai kat rumah dalam pukul 12 lebih tengah malam. Masa tu abg den tak tido lagi. Sambil dia layan hisap rokok kat depan rumah, kita orang berborak serba sedikit pasal motor. Pastu borak punya borak, den pun tanya la abg den,

“Nak tak kita pusing semenanjung malaysia?”

Abg den jawab, “Naik apa?”

“Tu…”, sambil den tunjuk kat buah hati den, siapa lagi kalau bukan FZ150i.

“Naik berdua? satu motor?” jawab abg den. Masa tu dia dah pening kepala. Satu je yang terlintas.

KERJA GILER !!!

Mana ada orang ride semenanjung malaysia naik berdua, 1 motor pulak tu. Sedangkan Seremban ke KL pun dah terasa beb! Inikan pula semenanjung malaysia.

Sejak hari tu, kita orang dah plan apa barang dan persiapan yang perlu dibawa. Sambil-sambil tu den buat kajian sikit tentang jalan yang nak dilalui. Dua je pilihan, ke utara dulu atau ke selatan. Setelah fikir betul-betul, den decide lalu selatan dulu, means kita orang akan lalu dari Seremban ke Johor.

Setelah beberapa minggu, kami belum ada kata putus bila tarikh yang sesuai. Sebab masing-masing sibuk. Akhirnya apabila plan den nak ke Labuan tidak jadi, terus kami decide tarikh tu iaitu 7-10 September 2013. Masa tu tinggal seminggu je lagi. Perghh..kerja giler..

Beberapa hari sebelum ride, den dan abg den pergi ke KL untuk beli jaket, mask dan kasut. Masa tu memang excited giler. Haha..Segala persiapan motor telah den buat, bermula dari tayar, cacing, plug, minyak enjin, masuk gas nitrogen kat tayar, GPS, helmet fullface (2nd hand) dan yang paling penting, box kiri kanan. Modal masa tu jangan cakap la, tapi disebabkan minat dan keinginan yang terlalu mendalam, den tutup sebelah mata je. Huhu..

Ada suatu hari tu, den PM (private message) dengan seorang otai FZ150i. Nama dia den tak nak bagitahu la. Kang aib pulak orang tu. Den respect dia sebab dia salah seorang otai yang touring menggunakan FZ150i. Ke mana dia pergi? Itu den tak nak cerita..

=================================================================

Salam xxx, saya dan abg saya bercadang untuk ride pusing semenanjung pada bulan 9 ini. Naik motor fz150i berdua.

keadaan motor :

meter : 18000km
tayar depan belakang baru (depan 110/70 maxxis dan belakang 110/70 FKR).
siap sidebox kiri kanan dan belakang.
baru siap wiring untuk GPS dan charge hp.
bercadang untuk pakai EO shell ultra fully synthetics semasa ride nanti.

cadangan laluan :

(Ke Selatan – Timur + Utara – Barat – Selatan)

Hari Pertama
Seremban – Kota Tinggi – Mersing – Pekan – Kuantan
Hari Kedua
Kuantan – Kuala Terengganu – Pasir Mas
Hari Ketiga
Pasir Mas – Jeli – Baling – Taiping – Ipoh – Cameron Highlands
Hari Keempat
Cameron Highlands – Seremban
 

 Jadi, kalau tak keberatan, boleh tak xxx kongsikan apa2 tips untuk perjalanan kami nanti?

=================================================================

Wslm, Sory lmbt balas. Ttg moto tu rasanya ok. Klu ada prblm time ride pun kedai moto bersepah, so nothing to worry. Cuma yr itinerary tu agak too rushed. U buat ride ni atas tujuan apa? If utk uji yr endurance, ok x pe…tp klu utk touring & tourism, terlalu padat. Dah la naik moto berdua plk tu. Belum kisah psl sesat @ salah jalan, ujan, pusing2 cari guesthse bagai… In the end, u dpt penat ukur jalan je… I think u shud revise balik yr itinerary ni… No need to rush. Klu cuti 4 ari je, fokus sama ada pantai barat atau pantai timur…

=================================================================

Perghhh… Lepas je den baca komen orang tu, hati den dah menyirap. Hampeh punyai otai. Tapi tak pe, sejak daripada tu memang den dah tekad betul-betul untuk laksanakan touring ni.

So…berjaya atau tidak plan tersebut?

Nantikan post seterusnya yer…

  2013-07-20 11.25.16 - Copy

Motor baru lepas pasang sidebox.

peta - Copy

Cadangan perjalanan

Daripada :

jiwa rider