Assalamualaikum…
Hari ni den nak kongsi servis untuk MyT buat kali kedua. Servis kali ni den tak buat kat kedai, hanya buat kat rumah sahaja. Kebetulan masa tu cuti sekolah dan cuti Hari Raya Aidilfitri (9 Jun 2019)
Pada peringkat awal, den pergi beli minyak enjin dan filter minyak di kedai NS Speed Rasah. Kali ni den tukar selera pulak, nak try minyak silkolene. Tapi malangnya minyak gred 10w-40 takde stok kat kedai tu. Terpaksalah den ambil gred 15w-50 seperti gambar rajah kat bawah ni.
Bagusnya minyak ni sebab gred 50, memang sesuai untuk long distance. Yela, den sehala je 320 km. Pergi balik dah 640 km. Itu belum jalan2 tempat lain lagi. Lagi satu minyak ni ada Ester, so wangi jugak la minyak ni. Pastu abg den kata ester memang sesuai untuk jalan jauh.
Harga barang untuk servis kali agak mahal sikit, sebab minyak silkolene tu 1 botol je dah RM52. So bayangkanlah kalau 3 botol. Cuma oil filter murah sikit RM26 compare dengan den servis kat Kuala Kangsar dulu RM31. Kat bawah ni den tunjukkan resit pembelian untuk 2nd service. Total pembayaran adalah RM182.
Proses seterusnya adalah nak menukar minyak hitam tersebut. Alhamdulillah kebetulan abg den ada kat umah masa ni. So dia banyak jugaklah tolong den. Mula2 sekali memang spoil la. Nut untuk keluarkan minyak hitam tu saiz dia 17 mm. Den boleh tersilap beli tool 1 set kat DIY. Rupanya paling besar saiz 13 mm. Nak tak nak terpaksalah ikhtiar guna spanar plug. Nak buka pun satu hal, punyala ketat nut tu mamat kat kuale kerjakan. Agak susah jugak la nak buka. Yang seterusnya pula nak buka oil filter. Yang ni pun sama jugak, lagi ketat giler. Tool yang den beli untuk buka oil filter tu sikit lagi nak hancurkan oil filter lama. Adeiyh, memang menyumpah la den masa tu. Last2 berjaya juga abg den buka slow2. So, kat bawah ni den kongsilah gambar semasa nak tukar minyak hitam tersebut.
So kat bawah ni adalah meter masa den tukar minyak hitam iaitu 28145 km. Masa 1st servis bacaan meter adalah 22910 km. So total penggunaan minyak hitam masa 1st service adalah 28145 km – 22910 km = 5235 km.
So apa yang boleh den katakan tentang minyak sebelum ni iaitu Yamalube Fully Synthetics 10w-40? Minyak ni seperti mana sedia maklum akan rasa kasar selepas 2000 km. Yup memang betul. Adakalanya den rasa susah sikit nak change gear. Minyak ni memang sedap giler masa awal2 penggunaan. Smooth je rasa. Tapi bila dah lepas 2000 km memang ada rasa kasar sikit. Tapi bukanlah sepanjang masa, sebabnya den banyak ride malam untuk ulang alik Gerik – Kuala Lumpur – Gerik. Ada ketikanya minyak ni rasa smooth je. So, kesimpulan yang den boleh buat adalah minyak Yamalube Fully Synthetics 10w-40 sesuai untuk perjalanan malam.Mungkin atas faktor cuaca dan suhu sekeliling. Tapi kalau siang memang kureng sikit. So for the next oil engine, den akan bagi review untuk Silkolene 15W-50 pula. Tunggu yer… 🙂
Rumusan Servis :
Kali Pertama :
EO Yamalube 10-40 Fully = 3 x RM31 = RM111
OF = RM31
Kos Total = RM142
Bacaan meter : 22910 km
Penggunaan : 5235 km
Kali Kedua :
EO Silkolene Pro 4 15-50 Fully = 3 x RM52 = RM156
OF = RM26
Kos Total = RM182
Bacaan meter : 28145 km
Daripada :
Komen Terkini