Ride Pantai Timur – Day 3 – Pahang

cover-fb-(Ride-Pantai-Timur)_2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ni den nak sambung cerita untuk hari ke 3 di Pahang. Pada malam tersebut, kami sampai di Tol Kuantan tepat Jam 10.40 malam. Agak lama juga menunggu geng FZ Pahang datang menjemput kami. Jadi, kami bergambar dulu. 🙂

Pahang (1)

Menunggu ketibaan FZ Pahang di Tol Kuantan

Pahang (1.1.0.1)

Bergambar sat, lambat pulak dia orang sampai.

Setelah menunggu lebih kurang 15 minit, geng FZ Pahang pun sampai. Mereka terus membawa kami ke kedai makan. Agak jauh jugak kedai makan tersebut. Den difahamkan mereka pun dari kedai makan tersebut sebelum menjemput kami. Patutlah lambat.. Hehe.. Den pun apa lagi, order kuew teaw bandung dan teh o ais. Konyang den malam tu. Selepas makan, geng FZ Pahang ajak jalan2 di area Kuantan. Kami sebenarnya keberatan memandang masing-masing dah penat. Tapi bila memikirkan itu je masa yang ada untuk jalan2, jadi den pun setuju. Antara lokasi yang mereka bawa malam tu adalah Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1 dan Pantai Peranginan Teluk Cempedak.  

Pahang (1.1.1)

Bergambar di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1

Pahang (1.1.5)

Jalan-jalan di Pantai Peranginan Teluk Cempedak


Kami tiba di Teluk Cempedak Jam 1.30 pagi. Huhu..mata masing-masing dah merah masa ni. Tak larat nak jalan2. Jadi, kami hanya duduk kat tepi je sambil menikmati angin sepoi2 bahasa. Selepas menunggu 15 minit di Teluk Cempedak, kami meneruskan perjalanan ke Homestay Permatang Badak. Dalam perjalanan ke homestay, den terdengar mereka nak ikut laluan “bypass”. Den tak faham apa maksud “bypass”. Rupa2nya laluan “bypass” tu adalah highway. Tu dia, masuk je highway, masing2 berdesup. Choii…tinggal den, Hafis KKB dengan Akim R15 kat belakang. Nasib baiklah si Luqman bawak kereta dah cover kat belakang. Kalau tak memang sesatlah kami. Isshh..tak leh jadi ni. Kena modi la lepas ni. 😀

Kami tiba di Homestay Jam 2.35 pagi. Arrgghh…rabak mata !! Tapi disebabkan homestay tersebut ada aircond, memang syok la..mandi2 pastu terus tido. Sorry geng, tak dapat nak join korang borak2 malam tu. Mato den dah kuyu.

Tapi den memang puas hati dengan homestay dia. Serba lengkap. Ada 3 bilik katil queen siap aircond lagi. Kat ruangan dapur luas, siap ada 1 katil double dan 1 katil bujang. Bantal jangan risau, sangat banyak. Setakat 3 famili, inshaAllah muat.

Pada keesokan paginya, macam biasa la. Pukul 8 pagi depa tak bangun lagi. Yang den perasan hanya si Hafiz KKB dah bangun masa den tengah bancuh air nescafe. Jadi, kalau nak tunggu semua bangun, pastu pergi sarapan, memang lambat la. Den pun bincang dengan Hafiz KKB, kita juz beli sarapan kat luar, bungkus dan bawa balik. Setelah masing2 siap, kami ke gerai makan tak jauh dari homestay tersebut. Memang ramai orang kat situ. Agaknya famous kot. Kami beli nasi lemak telur, daging dan karipap untuk 7 orang. Kalau tak silap, harga semua sekali RM21. Selepas beli sarapan, kami ke petronas jap sebab nak beli minyak hitam. Adoii..minyak hitam den makan la pulak. Masa tu den guna minyak hitam MOS. Haa..macam kat bawah ni. Tapi tula, sama ada minyak hitam tu tak bagus atau piston ring den dah mula out. Huhu..

Minyak hitam yang den guna untuk ride kali ni.

Alang2 beli minyak hitam petronas, kami pun isi minyak. Masa ni den isi RM16.50 RON95. Maknanya perjalanan dari Shell Bukit Berengan, K. Terengganu ke Kuantan adalah RM16.50 = 8.05 liter = 259 km. Setibanya kami di homestay, kelihatan Apis Bambam kat luar. Haha..mesti dia orang terkejut sebab kami keluar senyap2. 😛

Masa tu juga kelihatan Amin dah menunggu kat dalam homestay. Hehe..sori la Amin yer. Kemudian, kami pun bersarapan beramai-ramai. 

Setelah masing-masing dah selesai bersarapan, kami pun bersiap-siap untuk ke Litar Taman Tasik Sultan Abu Bakar. Sebelum masuk ke litar tersebut, geng2 FZ Pahang bawa kami jalan-jalan disekitar kawasan tersebut.

1st kami layan Cendol Saleem. Boleh tahan jugak sedap cendol kat sini. Kena pula dengan cuaca panas, fuuhh..meleleh masing-masing layan cendol. Hehe..

Setelah selesai makan cendol, kami terserempak dengan geng2 big bike dari Singapura. Salah seorang daripada mereka datang ke group kami dan bertanya khabar. Geram je den tengok motor dia orang. Kemudian, kami bergambar beramai-ramai di hadapan Muzium Sultan Abu Bakar

Pahang (1.2)

Layan cendol dulu

Geng-geng big bike dari Singapura

Geng-geng big bike dari Singapura

Pahang (3.1.1)

Bergambar di depan Muzium Sultan Abu Bakar

Kemudian, kami dibawa ke tempat yang ditunggu-tunggu..Hehe..mana lagi kalau bukan litar kan? Inilah 1st time den masuk litar. Dulu masa konvoi Modenas GT128 ada juga event ke Litar Dato’ Sagor, tapi den tak berani nak masuk sebab takut jatuh. Huhu…

Bila masuk je litar, den panaskan enjin dulu. Try 2 3 round..Erm..perasaan amat menyedihkan. Den tak feel masa layan lap dalam litar. Mungkin tak serasi dengan den yang selalu main corner kat jalan berbukit seperti genting, bukit fraser dan simpang pulai. Corner dalam litar memang pendek. Tambah pula ada satu corner tu rantai den berbunyi..”Ketak”..Ahh sudah. Terus takde mood nak layan corner kat litar tu. Litar memang pendek dan corner pendek. Kena pandai bila masa sesuai untuk drop gear dan cara nak masuk corner. Dan yang tak best bagi den, sebab dia berpusingkan, so banyak corner ke kiri. Litar tu pun, den difahamkan pendek sikit daripada litar sebenar. Sebab masa kami datang tu, ada beberapa khemah dah ambil tempat sebahagian daripada litar tersebut. So, sebahagian litar tersebut telah ditutup. Errmm..layan jela. Nak dapatkan pengalaman je macam mana main litar. Setakat santai boleh la. Nak laju-laju memang den tak berani. Tambah pulak nak turun lutut. Huhu. Tapi budak2 den memang naik sheikh la. Si Apis bambam dengan Hakim R15, bukan main syok layan corner. Haha..den tengok dari stage kat tepi jela. Tambah pula masa tu memang panas sangat. Kami stay kat sana sampai pukul 2 lebih kalau tak silap. 

Get ready nak masuk litar pekan

Yeah…kami dah test litar ni.

Den malas nak kobar yang den dapat petak pertama.

Rider FZTM test litar

Kelihatan Apis Bambam tengah layan corner

Dalam perjalanan nak balik tu, malang tak berbau buat geng FZ Pahang. Berlaku kemalangan kecil akibat daripada seorang mamat ni brek emergency sebab ada lubang. So, apa lagi..yang sorang dari belakang ni tak sempat nak brek, terus…duummm…pecah la sikit lampu belakang mamat ni.

Seterusnya, kami bergerak pulang ke homestay. Tu dia, dia orang bawak jalan pantai. Patutlah rasa jauh je perjalanan masa tu. Sebab masa nak datang ke litar, takde la lama sangat. Jadi, kami sempatlah singgah di Pantai Sepat untuk bergambar. Yang menariknya, dalam perlajanan sepanjang tepi pantai tersebut, kami sempat tengok jet TUDM sedang buat latihan. Fuhh…kagum kejap dengan kelajuan jet tersebut. Dan secara automatik, den teringat masa ride semenanjung 2 tahun  lepas dengan abg den di Kuantan. Sempatlah kami masuk ke TUDM untuk melihat jet-jet milik TUDM. (Boleh baca kat sini : Le Tour De Peninsula – Hari Kedua). Tepat Jam 3.15 petang, kami selamat tiba di homestay. Masing-masing ambil kesempatan untuk berehat, solat dan bersiap-siap untuk pulang ke destinasi masing-masing.

Malang tak berbau. Ada ahli FZ Pahang yang down masa nak balik.

Bergambar dulu di Pantai Sepat

Homestay Permatang Badak Baru

Tepat Jam 4.30 petang, kami telah bersiap untuk bergerak pulang. Geng FZ Pahang eskot kami ke Tol Gambang. Tapi sebelum tu, disebabkan masing-masing kelaparan, kami pun berhenti makan di Nasi Kukus My Mama. Tempat ni macam ala-ala KFC. Harga berpatutan dan ayam dia memang besar. Memang puas hati makan. Yang kelakarnya, masa nak order makanan, memang riuh la kat kaunter. Si Cashier ni kena sakat dengan geng-gang kami. Haha..jangan marah ye kak.

*kredit gambar dari Google (masa ni memang tak sempat nak bergambar)

Lebih kurang Jam 5.30 petang, kami selesai makan. Kami sempat bersalaman dengan FZ Pahang sebagai tanda terima kasih kerana membawa kami jalan-jalan disekitar kawasan Kuantan. Seterusnya, kami menuju ke Genting Sepah melalui LPT 2.

Satu lagi saat paling bermakna buat den adalah meter motor den dah sampai tahap maksimum iaitu 99 999.9 km setelah 2 tahun 8 bulan. Ini bermakna, meter den akan berpusing balik kepada 00 000 km. Dah 100 000 km rupanya motor den berbakti pada den. Masa ni memang kelakar la jugak, disebabkan den paling depan, bila meter dah sampai 99 999.0 km, den terus perlahankan motor dan guna laluan kecemasan. Slow2 bawak sampailah meter ngam2 99 999.9 km. Jem je kawan2 den kat belakang. Dia orang pun pelik kenapa tiba2 slow dan berhenti kat tepi jalan. Hehe…sori ye guys.

99 999.9 km setelah 2 tahun 8 bulan

Kemudian, kami berhenti kejap isi minyak di RnR Temerloh. Den isi minyak Ron97 = RM18.50 = 261 km. Ini bermakna, dari Petronas di Kuantan hingga ke RnR Temerloh den dah guna 7.55 liter = RM18.50 = 261 km. Perjalanan diteruskan hingga ke Petronas Genting Sepah. Perjalanan memang mencabar kerana masa ni dah malam dan banyak kenderaan. Den terpaksa guna lane paling kanan disebabkan lane kiri banyak lori dan lane tengan banyak kereta. Jadi takde pilihan, main lane kanan jela sebab tak banyak kenderaan. Memang syok je main corner sampai yang belakang tak dan nak kejar. Hehe…sori guys. Tapi tu pun den takut-takut jugak. Yela, sebelah lane kanan ada tembok batu, risau je kalau terlajak. Huhu..Sampaikan satu tahap, si Apis bambam kejar den suruh slow, sebab yang belakang dah jauh tertinggal.

Akhirnya, kami sampai di Petronas Genting Sepah. Masa ni kami rehat kejap dalam 10 minit bagi merenggangkan badan. Letih Ooo.. Kemudian, kami berbincang untuk ke lokasi seterusnya sebelum masing2 pulang ke rumah. Setelah masing2 setuju, kami akan berhenti minum + layan roti cobra di Restoren Azlina Maju, Kuala Kubu Bharu. Laluan nak ke sana perlu melalui jalan nak ke Genting Highlands dan Batangkali. Sekali lagi, layan corner la dulu..Hehe. Tapi bila sampai kat corner sebelum Batangkali, den dengan Bachok duduk belakang. Laluan kat situ memang gelap sikit dan den tak berani nak duduk depan.

Den sempat la tanya pada Bachok, “Bachok, hang nak depan ke belakang?”

Bachok pun jawab : “Cikgu la depan”

Ok, den pun duduk depan dia dan Bachok cover belakang sebagai lastman. Macam den kata tadi, den memang tak berani kat corner Batangkali. Jadi den pun layan la corner santai. Agaknya si Bachok ni dah tak tahan, zuuuupppp…dia potong den. Hampeh, tadi kata nak duduk belakang. Tak tahan corner la tu. Haha.. Den pun biarkan Bachok terus memotong kereta2 yang ada depan kami tadi. Sampai satu corner tu, den perasan Apis Bambam kat depan. Haha..Apis pun sama macam den, berani2 takut kat corner tu. Sebab dulu ada sekali tu, dia pernah overshoot area situ. Sebab tu la dia slow. Tepat Jam 9.00 malam, akhirnya kami selamat tiba di Restoren Azlina Maju, Kuala Kubu Bharu (KKB). Masa ni pulak ada pasar malam kat KKB, jadi memang penuh la parking. Sampaikan kami terpaksa wrong way untuk parking depan kedai mamak tu.

Setelah masing2 berehat dan minum2, lebih kurang Jam 10 malam kami meneruskan perjalanan ke rumah masing2. Masa ni kami bersalaman sebagai tanda terima kasih atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Perjalanan kali ini memang mencabar, paling jauh, paling lama semenjak FZTM ditubuhkan. Memang dah lama FZTM berhasrat untuk ke Pantai Timur dan alhamdulillah, Allah berkati perjalanan kami. Cuaca baik, motor ok, rakan2 FZ semua memang sporting. Memang den rindu ride kali ni. Bukan je cuci mata melihat keindahan alam, tetapi menjalinkan silaturrahim dengan rakan2 FZ dari Pantai Timur.

Pada keesokan harinya, sebelum den balik ke seremban, den isi minyak dulu kat Shell Tg Malim bagi mendapatkan fuel consumption yang sebenar. Den pun isilah Ron97 Shell = RM11.50 = 166  km. Ini bermakna dari RnR Temerloh ke Shell Tg Malim adalah 4.7 liter = RM11.50 = 166  km.

Petronas Genting Sepah

Restoren Alina Maju, Kuala Kubu Bharu

Layan roti cobra dulu.

So, kesimpulan hari ketiga :

Jalan yang dilalui : Tol Kuantan – Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1 – Pantai Peranginan Teluk Cempedak – Homestay Permatang Badak – Litar Taman Tasik Sultan Abu Bakar – Muzium Sultan Abu Bakar – Pantai Sepat – Nasi Kukus My Mama – Tol Gambang – RnR Temerloh – Petronas Genting Sepah – Genting Highlands – Batangkali – Restoren Azlina Maju, Kuala Kubu Bharu – Tg Malim

Jarak perjalanan : 427 km

Isi minyak :

RM16.50 @ 8.05 liter (Ron95 – Petronas Kuantan) +
RM18.50 @ 7.55 liter (Ron97 Shell – RnR Temerloh) +
RM11.50 @ 4.70 liter (Ron97 Shell – Shell Tg Malim)
= 20.3 liter (campur Ron95 + Ron97)
= RM46.50
  
Masa : Tol Kuantan (Jam 10.40  malam / 8 Nov) – Kuala Kubu Bharu (Jam 9 malam / 9 Nov)

 

============================================================

KESIMPULAN PERJALANAN RIDE PANTAI TIMUR

Masa :

3 hari 4 malam (6 Nov malam – 9 Nov malam)

Minyak :

RM 100 (43.17 Liter)

Jarak :

1530 km

============================================================

Daripada :

jiwa rider